KANDUNGAN

TOURISM (41) DESTINATION (22) SEJARAH (19) KERAJAAN NEGERI MELAKA (11) FOODS (9) GEREJA (6) TAMAN (6) MAKAM (5) HOTEL (4) 5 STAR (2) HOMESTAY (2) CAREERS (1)
Showing posts with label FOODS. Show all posts
Showing posts with label FOODS. Show all posts

Monday, 2 April 2012

MASAKAN MELAYU

Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.
Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.
No. Senarai Restoran Yang Menyajikan Masakan Melayu
1 Restoran Subaidah
2 Restoran Lot 35
3 Restoran Lot 85
4 Restoran Mahligai
Tingkat Bawah, Bangunan Pusat Penerangan Pelancong
Jalan Kota, 75000 Melaka
5 Restoran Selera Pandan
6 Restoran Alihar19, Jalan Melaka Raya 13
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
7 Restoran Amin
23, Jalan Melaka Raya 11
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
8 Restoran Ole Rasa
264, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
9 Restoran Pelantar Gemilang
10 Restoran Budi Jaya
308, Jalan Tun Ali, 75300 Melaka
11 Restoran Cahaya Mawar
334, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
12 Restoran Anjung Muara
13 Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai BaruUmbai Baru, 77000 Jasin, Melaka
14 Medan Ikan Bakar UmbaiPengkalan Pernu, Umbai, 75600 Melaka
15 Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak
16 Medan Ikan Bakar Anjung Batu
17 Medan Ikan Bakar Serkam
18 Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan

MASAKAN INDIA

Makanan India terkenal kerana ianya kaya dengan rempah ratus seperti cili, cengkih, kayu manis, jintan putih dan sebagainya. Pelbagai jenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum seperti thosai, chapati, naan, roti cana dan idli. Hidangan daun pisang pasti akan menarik selera ramai orang kerana makanannya dihidangkan di atas daun pisang menggantikan pinggan biasa. Ia memberikan satu pengalaman baru kepada mereka yang ingin mencubanya untuk pertama kali. Masyarakat India-Muslim terkenal dengan Nasi Briyani dan Mee Goreng. Hidangan lain termasuk kurma, ayam tandoori dan kari kepala ikan.
No. Senarai Restoran Yang Menyajikan Masakan India
1 Restoran D’Tandoori House
2 Restoran Chelvi's Curry House
3 Restoran Subaidah
4 Restoran Habeeb Sultan
5 Raja’s Curry House
6 Restoran Samas

MASAKAN BABA NYONYA


Sekiranya anda tiba di Melaka, masakan Nyonya akan membuatkan anda berselera sekali. Ia merupakan gabungan makanan Cina tetapi menggunakan rempah ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.

Rasailah sendiri, barulah anda tahu kehebatannya. Antara hidangan yang boleh dicuba ialah otak-otak (isi ikan), sup itik, laksa lemak (mi dan udang bersama kuah laksa bersantan), jantung pisang, mi siam dan nasi kunyit. Sebagai pembuka selera, anda boleh mencuba sagu Melaka (sagu biji bersama air gula) dan kuih koci (tepung pulut berinti kelapa parut).

Senarai Restoran Yang Menyajikan Makanan Nyonya Hubungi
Restoran Ole Sayang
No. 198 - 199 Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-283 1966 / +606 283 3315
Restoran Nyonya Makko
No. 123, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-284 0737
Cozy Station CafeNo 22, Jalan TTC 13,
Taman Teknologi Cheng,
Cheng
75250 Melaka
Tel - 06 333 8369
Webpage- cozystationcafe.webs.com
Restoran Banyonya
No. 164, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-292 2192
Restoran Bibik Neo
No. 4 & 6, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel/Faks: +606-281 7054
The Peranakan Delight
No. 5, Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Restoran Seafarer
No. 1516, Batang Tiga, Tanjung Kling, 76400 Melaka
Tel/Faks: +606-315 2693
Restoran Banya
Restoran Nyonya Suan
No. 12 & 14, Jalan PM3
Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Tel/Faks: +606-286 4252
Restoran Indah Sayang
No. 138, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-282 0285
Restoran Manis Sayang
No. 618 & 617, Jalan Melaka Raya 10
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-281 3393
Restoran Double Ocean
No. 73, Jalan Melaka Raya 24, 75000 Melaka

Restoran Kapitan House
No. 71 & 73, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel/Faks: +606-282 6525
Nancy’s Kitchen
No. 6, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

MASAKAN PORTUGIS

Masyarakat Portugis menggunakan gabungan rempah ratus dalam makanan mereka. Sebagai penambah perisa, jus lemon, asam jawa dan buah masam digunakan untuk memberi rasa yang sungguh nikmat dalam makanan. Di antara hidangan yang popular ialah Devil’s Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disajikan bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang).
No. Senarai Restoran Yang Menyajikan Makanan Portugis Hubungi
1 Restoran Papa Joe
No. 18/B, Lot 2, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Tel: +606-284 3276
2 Restoran De Lisbon
No. 18, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Tel: +606-284 8067
3 Restoran Dan Pedro
4 Celine’s Cafe
No. 18A, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Tel: +606-292 1384
5 Restoran Straits Settlement
No. 18C, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 Melaka

Saturday, 31 March 2012

MAKANAN POPULOR NEGERI MELAKA : TAPAI

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati.
Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.

Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais

MAKANAN POPULOR NEGERI MELAKA : BELACAN

Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Malah orang putih pernah menggelarkannya sebagai bau daging anjing panggang.
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.

MAKANAN POPULOR NEGERI MELAKA : CENCALUK

Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.


Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.

Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.

Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.

MAKANAN POPULOR NEGERI MELAKA : ASAM PEDAS

Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.

Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.
Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.

Friday, 30 March 2012

MAKANAN TERSEDAP DI MALAYSIA

MAKANAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes