KANDUNGAN

TOURISM (41) DESTINATION (22) SEJARAH (19) KERAJAAN NEGERI MELAKA (11) FOODS (9) GEREJA (6) TAMAN (6) MAKAM (5) HOTEL (4) 5 STAR (2) HOMESTAY (2) CAREERS (1)

Monday 2 April 2012

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI MELAKA

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.

Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai “Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO”. Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.
Antara tempat menarik untuk dilawati di Melaka.

A’famosa

Kota A’Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.
Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.
Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu “a” dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf “A” dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang “ah”)

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini meruopakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan rekabentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 80 orang dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Harga Tiket Menara Taming Sari :-
  • Dewasa RM20 seorang
  • Kanak-kanak RM10 seorang
  • Warga emas RM17 seorang
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri
Masa beroperasi:
  • Isnin – Khamis : 9.00am – 5.00pm
  • Sabtu ,Ahad & Cuti umum : 9.00am – 5.30pm
River Cruise

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, petempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Tempoh Masa: 30 minit – 40 minit

Harga Tiket Tiver Cruise:

  • Dewasa RM 10.00
  • Kanak-kanak ( 3 – 12 tahun) RM 5.00
Melaka Planetarium
Planetarium Melaka yang didirikan di tapak seluas 0.7 hektar terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh adalah planetarium tercanggih di Malaysia malah terbesar di Asia.
Saiz kubahnya 15 meter berbanding sembilan meter di Al-Khawarizmi dan lain-lain pusat sains yang terdapat di seluruh Malaysia.
Bangunan tiga tingkat ini menjanjikan pengalaman yang penuh dengan pameran pendidikan astronomi dan sains aeroangkasa selain teater angkasa yang ditempatkan di tingkat atas.
Planetarium ini mempunyai empat seksyen, antaranya, astronomi, angkasa lepas, simulasi dan fizik. Antara keunikan yang boleh disaksikan di sini adalah model kapal angkasa Challenger yang dilancarkan ke angkasa lepas oleh Amerika Syarikat pada tahun 1983 hingga mengorbankan semua tujuh orang angkasawan.
Simulator model kapal angkasa ini hanya terdapat di Planetarium Melaka selain teleskop loyang halus tradisonal abad ke-18 serta jam matahari kuadran khatulistiwa antara bahan pameran yang terdapat di sini.
Harga Tiket Melaka Planetarium:
  • Dewasa RM15
  • Kanak-kanak RM10
Zoo Melaka
Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.
Bayaran Masuk Zoo Melaka:

Dewasa RM7.00

Kanak-kanak RM4.00

Persembahan Pelbagai Haiwan:

Isnin – Khamis (11 pagi – 2 petang)

Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi – 11 pagi)

(2 petang – 3 petang)

*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:

Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00

Memberi gajah makan : RM 2.00

(11.00 pagi – 12.00 tengahari dan 4 petang – 5 petang sahaja)

Menaiki Kuda/Gajah:
Dewasa RM2.00

Kanak-kanak RM1.00

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang

(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja) “Free-Ranging” Orang Utan

Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)

9.00 pagi – 5.00 petang

Waktu Operasi:

Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang

Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah

masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam

bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)



4 comments:

mimie said...

info yg membantu tq admin ♥

Unknown said...

Terasa tertipu bila melawat planetarium..bayar rm10 tapi banyak alat pameran dan kedua2 simulasi rosak..tak berfungsi

mafizah said...

Kami menyediakan penginapan berkonsepkan Apartment dan Hostel dengan harga yang berpatutan di Bandar Melaka dan Klebang, Melaka. Sesuai untuk rombongan dan pelajar sekolah. Lawati http://www.indahkembara.com

Abu Hanipah said...

Kami menyediakan homestay 3 bilek tidur lengkap dengan penyaman udara.
Alamat
No 5,Lorong 5, Jalan Perawan, Taman Bukit Rambai, Melaka
Hubungi kami ditalian/whap/ sms
019-2760014 Abu
019-6260014 Azizah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes