KANDUNGAN

TOURISM (41) DESTINATION (22) SEJARAH (19) KERAJAAN NEGERI MELAKA (11) FOODS (9) GEREJA (6) TAMAN (6) MAKAM (5) HOTEL (4) 5 STAR (2) HOMESTAY (2) CAREERS (1)

Monday 2 April 2012

HOTEL RENAISSANCE

Hotel 5 bintang ini ialah salah satu hotel yang paling popular untuk pelawat dan pelancong perniagaan ke Melaka. Ia mempunyai 300 bilik dan suit yang dihias indah agar dapat menawarkan keselesaan yang terunggul. The Renaissance Club pula menawarkan khidmat tanpa gangguan, kemudahan tambahan dan keselesaan yang begitu mewah.

Terdapat beberapa restoran menarik di hotel ini termasuk Restoran Capers yang menyajikan makanan pelbagai budaya, Restoran Cina Long Feng untuk hidangan Kantonis dan Sichuan dan juga Restoran Summerfields yang menghidangkan pelbagai pilihan a’la carte dan bufet bertema. The Famosa Lounge adalah sesuai untuk minum teh petang atau koktel Utan Fun Pub dan Disko Stardust dapat menampung sehingga 1,200 tamu.

Untuk aktiviti riadah, gunakanlah kolam renang yang tersedia ataupun Pusat Kesihatan Clark Hatch yang menyediakan gim, khidmat mengurut, sauna dan mandi wap. Tetamu juga boleh bermain skuasy di sini. Hotel 24 tingkat ini adalah berdekatan dengan semua tarikan budaya utama dan kelebihannya – daya tarikan dunia dahulu kala digabungkan dengan kemudahan hari ini.

Sila hubungi:

Renaissance Melaka Hotel
Jalan Bendahara, 75100 Melaka
Malaysia
Tel: +606 284 8888
Fax: +606 284 9269
http://www.renaissancemelaka.com

Nota : Ada Pensijilan Halal Dari Jabatan Agama Islam Melaka.
map_renaissance



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes