KANDUNGAN

TOURISM (41) DESTINATION (22) SEJARAH (19) KERAJAAN NEGERI MELAKA (11) FOODS (9) GEREJA (6) TAMAN (6) MAKAM (5) HOTEL (4) 5 STAR (2) HOMESTAY (2) CAREERS (1)

Monday, 2 April 2012

ZOO MELAKA

Zoo Melaka
Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.

Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.

Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.



Bayaran Masuk:


Dewasa RM10.00

Kanak-kanak RM4.00



Persembahan Pelbagai Haiwan:

Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang)

Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi)

(2 petang - 3 petang)



*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:

Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00

Memberi gajah makan : RM 2.00

(11.00 pagi - 12.00 tengahari dan 4 petang - 5 petang sahaja)

Menaiki Kuda/Gajah:
  • Dewasa RM2.00
  • Kanak-kanak RM1.00
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja) "Free-Ranging" Orang Utan
  • Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
  • 9.00 pagi - 5.00 petang
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang

Zoo Malam

Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
  • dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
  • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Zoo Melaka
Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : +606-232 4053/ 4054
Faks: +606-232 5859
Laman Web: 

MELAKA RIVER CRUISE

Melaka River Cruise
river_cruise

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.



Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :



Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka

Aras 9, Bangunan Graha Maju,

Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.

Tel : +606 281 4322 / 23

Faks : +606 281 4325

SENARAI HOTEL, RESORT, CHALET, HOME STAY, HOMESTAY, BAJET HOTEL, HOTEL MURAH DI SELURUH MELAKA

Pakej percutian dan pelancongan ke Melaka
Penginapan di sekitar bandaraya Melaka bersejarah
Penginapan di sekitar Bandar Melaka International Trade Center (MITC), Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka
Penginapan di kawasan pantai Pantai Puteri / Tanjung Kling / Klebang di Melaka
Penginapan di kawasan pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara,
Sekiranya anda ingin mencari tempat percutian didalam negara, tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Melaka. Melaka kini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Di antaranya ialah menaiki beca di tengah-tengah kota, menaiki bot di Sungai Melaka ataupun bersiar-siar di kawasan yang menceritakan tentang peperangan dan penyeksaan, percintaan dan penyesalan. Sebagai destinasi yang menawarkan bukan sahaja pelancongan, tetapi khidmat kesihatan dan pendidikan yang tinggi, bandar raya bersejarah Melaka sememangnya tiada tandingannya. Bercuti memang memerlukan kita mengeluarkan belanja yang banyak. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan, semakin ramai yang memerlukan tempat percutian yang tidak memakan belanja yang banyak terutamanya tempat penginapan sama ada di hotel mahupun di chalet-chalet. Di mana tempatnya?Sila lihat apa yang kami tawarkan untuk percutian anda di Melaka yang pastinya lebih bermakna tanpa perlu perbelanjaan penginapan yang tinggi. Cuma pastikan anda nikmati percutian dengan senang hati di sini. Melaka bukan sahaja terkenal dengan peninggalan sejarahnya, anda juga boleh nikmati suasana pantai yang tenang dan nyaman serta nikmati kedinginan bayu pantai yang menyegarkan anda. Anda pasti terpesona dengan keindahan pantai Pengkalan Balak dan Pantai Puteri di Melaka. Pantai Pengkalan Balak yang sememangnya popular dengan keindahannya pasti memberi keseronokan kepada anda kerana di sini terdapat banyak tempat penginapan untuk anda bermalam. Bermalam di resort yang murah dan chalet yang selesa membuatkan anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan anda.
Di Pantai Pengkalan Balak juga anda berpeluang melihat penyu karah yang terdapat di sini. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk anda yang berminat untuk mengadakan lawatan ke Bandar Melaka. Pasti berbaloi kunjungan anda ke Melaka kerana kami penuhi dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti:
  • A’ famosa
  • Musium UMNO
  • The Stadthuys
  • Mini Asean
  • Mini Malaysia
  • Taman Buaya

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI MELAKA

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.

Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai “Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO”. Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.
Antara tempat menarik untuk dilawati di Melaka.

A’famosa

Kota A’Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.
Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.
Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu “a” dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf “A” dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang “ah”)

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini meruopakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan rekabentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 80 orang dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Harga Tiket Menara Taming Sari :-
  • Dewasa RM20 seorang
  • Kanak-kanak RM10 seorang
  • Warga emas RM17 seorang
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri
Masa beroperasi:
  • Isnin – Khamis : 9.00am – 5.00pm
  • Sabtu ,Ahad & Cuti umum : 9.00am – 5.30pm
River Cruise

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, petempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Tempoh Masa: 30 minit – 40 minit

Harga Tiket Tiver Cruise:

  • Dewasa RM 10.00
  • Kanak-kanak ( 3 – 12 tahun) RM 5.00
Melaka Planetarium
Planetarium Melaka yang didirikan di tapak seluas 0.7 hektar terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh adalah planetarium tercanggih di Malaysia malah terbesar di Asia.
Saiz kubahnya 15 meter berbanding sembilan meter di Al-Khawarizmi dan lain-lain pusat sains yang terdapat di seluruh Malaysia.
Bangunan tiga tingkat ini menjanjikan pengalaman yang penuh dengan pameran pendidikan astronomi dan sains aeroangkasa selain teater angkasa yang ditempatkan di tingkat atas.
Planetarium ini mempunyai empat seksyen, antaranya, astronomi, angkasa lepas, simulasi dan fizik. Antara keunikan yang boleh disaksikan di sini adalah model kapal angkasa Challenger yang dilancarkan ke angkasa lepas oleh Amerika Syarikat pada tahun 1983 hingga mengorbankan semua tujuh orang angkasawan.
Simulator model kapal angkasa ini hanya terdapat di Planetarium Melaka selain teleskop loyang halus tradisonal abad ke-18 serta jam matahari kuadran khatulistiwa antara bahan pameran yang terdapat di sini.
Harga Tiket Melaka Planetarium:
  • Dewasa RM15
  • Kanak-kanak RM10
Zoo Melaka
Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.
Bayaran Masuk Zoo Melaka:

Dewasa RM7.00

Kanak-kanak RM4.00

Persembahan Pelbagai Haiwan:

Isnin – Khamis (11 pagi – 2 petang)

Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi – 11 pagi)

(2 petang – 3 petang)

*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:

Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00

Memberi gajah makan : RM 2.00

(11.00 pagi – 12.00 tengahari dan 4 petang – 5 petang sahaja)

Menaiki Kuda/Gajah:
Dewasa RM2.00

Kanak-kanak RM1.00

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang

(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja) “Free-Ranging” Orang Utan

Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)

9.00 pagi – 5.00 petang

Waktu Operasi:

Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang

Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah

masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam

bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)

Sunday, 1 April 2012

GALERI TUN ABDUL GHAFFAR


Tun Abdul Ghaffar ialah Ketua Menteri Melaka yang kedua dan yang pertama dipilih oleh rakyat dan mula berkhidmat pada 1 Jun 1959 sehingga 5 Oktober 1967. Tun Abdul Ghafar juga ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Mei 1986, di samping pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia pada tahun 1986. Beliau juga merupakan pemimpin yang paling lama berkhidmat dalam kerajaan semenjak terpilih memenangi pilihanraya yang pertama pada tahun 1955. Tun Abdul Ghafar telah dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 18 Februari 1925. Bapanya bernama Baba bin Abdullah, berasal dari Sungai Udang, Melaka dan ibunya bernama Saodah binti Saleh, berasal dari Kampong Bemban, Melaka.

Tun Abdul Ghafar berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Bapanya pernah bekerja sebagai pemandu teksi, penarik beca, pemandu kereta lembu dan penoreh getah. Tun Abdul Ghafar adalah anak yang keenam daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau menjadi anak yatim piatu ketika berumur 8 tahun. Semenjak itu, Tun Abdul Ghafar tinggal bersama bapa saudaranya. Tun Abdul Ghafar terpaksa berdikari bagi menampung perbelanjaan hariannya dengan menjadi ‘caddy’, pemungut bola tenis dan penjual kayu api. Tun Abdul Ghafar sedar bahawa pendidikan amat penting untuk mengubah kehidupannya yang miskin. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika berumur 6 tahun. Ketika berumur 13 tahun, beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka.

Tun Abdul Ghafar mula melibatkan diri di dalam UMNO Melaka pada tahun 1951 sebagai anggota biasa. Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka sehingga tahun 1955. Tugasnya sebagai seorang guru tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan tenaga bagi menghidupkan UMNO Melaka yang telah lemah akibat penarikan diri Jasmi Abdul Hamid dan pengasas-pengasas UMNO Melaka yang lain. Tun Abdul Ghafar bersama-sama anggota-anggota UMNO Melaka yang lain seperti Hasnol A. Hadi, Haji A. Wahab Hassan, Borhan Md. Yaman dan Abu Samah A. Aziz telah mengadakan ceramah-ceramah penerangan untuk menarik minat orang ramai terhadap UMNO.

Beliau terus menjadi wakil rakyat dengan memenangi beberapa pilihanraya berikutnya iaitu pada tahun 1959, 1964 dan 1969. Dalam tahun 1962, beliau dipilih menjadi Naib Presiden UMNO Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1967, beliau telah menjadi ahli Kabinet dan pada bulan Mac 1968 dilantik sebagai Senator merangkap Menteri tanpa portfolio dan Pengerusi FAMA. Walau bagaimanapun beliau meletakkan jawatan pada bulan Mac 1969, sebelum bertanding kerusi Parlimen Kawasan Melaka Luar. Pada tahun 1976, beliau keluar dari Kabinet apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Namun, beliau aktif semula dan bertanding bagi kerusi Parlimen Jasin pada tahun 1978 dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama 4 penggal hingga tahun 1995. Pada bulan April 1987, beliau telah berjaya mengalahkan Dato’ Musa Hitam bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Tun Abdul Ghafar bukan sahaja aktif di era politik, malah beliau juga aktif di dalam kegiatan sukarela dan sukan. Beliau pernah menjadi Pengerusi PGA dan ‘Lawn Tennis Association’ mulai Disember 1984, Presiden ‘Asian Tennis Circuit Council’, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Melaka, Pengerusi ‘Merdeka Scholarship Fun Committee’ dan Bekas Presiden Bulan Sabit Merah Melaka. Tun Abdul Ghafar telah berkahwin dengan Toh Puan Hajah Asmah bte Alang dan dikurniakan dengan sepuluh orang cahayamata. Kemudian beliau bertemu jodoh dengan Toh Puan Haryati bte A. Rahim dan dikurniakan dengan seorang cahayamata.

Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985, anugerah ‘Bapa Perpaduan’ oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, ‘Malaysian Institute of Management Honorary Fellowship Award’ pada tahun 1988, anugerah ‘Bapa Yang Disayangi’ oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M. yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 1995 dan anugerah ‘Tun Abdul Razak Foundation National Award’ pada 19 Mac 1998.

Atas hasrat untuk mengembalikan ingatan dan sebagai mengenang jasa sumbangan Allahyarham, Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka telah menjadikan kediaman beliau di Bukit Peringgit sebagai Galeri tun Abdul Ghafar bin Baba dan mula dibuka kepada orang ramai pada 2006.

Waktu Operasi :
9.00 pagi - 5.30 petang
(Dibuka pada setiap hari)

Bayaran Masuk :
Dewasa = RM 1.00
Kanak-kanak = RM 0.50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes